sk sungai raya
Khamis, 15 Disember 2011
guru-guru tahon 2011
Inilah guru-guru SK SUNGAI RAYA tahun 2011...Guru-guru yg banyak mendidik kita pd tahun 2011...Insyaallah aku takkan lupekan semua guru pada tahun 2011.Terutama sekali guru-guru tahon6..
Jumaat, 2 Disember 2011
sahabat
1. Persahabatan adalah
satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita
nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada
sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga
kejayaan
2. Supaya engkau beroleh
sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap buat menjadi sahabat orang
3. Sahabatmu suka kepadamu,
tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu
4. Kesenangan hidpmu memperbanyakkan
teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempuh kesukaran
5. Yang semulia-mulia
kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan
sahabatmu sebelum dikatakannya. Dan engkau perkenankan permintaannya sebelum
dimintanya.
6. Kalau jadi sahabat orang
ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang
7. Kalau sahabatmu tertawa,
hendaklah dikatakannya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, engkau
mesti periksa apa sebab dia susah
8. Jika engkau memeberikan
sesuatu kepada sahabatmu, bererti memeberikan kepada dirimu sendiri
9. Pengubat jerih hidup
manusia adalah dua, pertama; Iman kepada Allah, kedua; percaya kepada sahabat
10. Bila orang telah merasa
dirinya besar, dia lupa akan salahnya. Hanya sahabat yang setia yang sanggup
membukakan matanya.
11. Teman yang ’ berudang di
balik batu’ terhadap engkau adalah seumpama anjing di tepi jalan, yang
ditujunya hanyalah tulang yang akan dilemparkan kepadanya, bukan tangan yang
melemparkan tulang itu
12. Cemburu perempuan kepada
perempuan, memutuskan tali persahabatan
13. Bila seorang perempuan
telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, alamat bahawa umurmu
telah lepas dari zaman bercinta.
Khamis, 1 Disember 2011
Langgan:
Ulasan (Atom)


